Lagu

Monday, July 8, 2013

Selamat Datang Ramadhan 1434H


Ramadhan datang lagi. InsyaAllah Rabu ini aku berkesempatan lagi mengecapi nikmat terhimpun dalam bulan yang mulia ini. Ramadhan demi Ramadhan yang berlalu sentiasa harapan untuk mencari redha dan ampunan Allah sentiasa membuak-buak. Namun roh kian hilang sekiranya tanpa kita pupuk setiap detik Ramadhan yang mengenjak Syawal. Semoga hendaknya kita semua segar dalam pengharapan hingga ke penghujungnya. Malah keluar dari madrasah ramadhan membawa istiqamah taqwa hingga roh terpisah daripada jasad. Ramadhan kali ini aku benar-benar mohon agar kesihatan emak bertambah baik. Tak sanggup sebenarnya mengenang dan menghitung derita emak meniti umur tua. Bahagiakanlah emak aku wahai Allah, berikanlah dia seluas-luas keampunan. Kurniakanlah baginya kemampuan untuk mengurus diri di kala aku punya tanggungjawab pada keluarga. Luluh hati mengadap juadah saban hari, tatkala membayangkan emak di kampung mengurus diri dalam keuzuran. Memang payah untuk aku tenung mata emak. Di situ terlukis lukanya yang panjang bertali temali. Aku mencatat sebahagian besarnya dalam minda ini, yang akan aku nukilkan satu persatu buat tatapan anak cucuku sekiranya aku tidak ada lagi dalam dunia ini. 
Buat anak-anakku.. ummi akan nukilkan pada kalian kisah semalam yang bakal menjadi tatapan dan pengajaran untuk meniti hari mendatang. 
         

No comments:

Post a Comment