Lagu

Wednesday, October 17, 2012

kehidupan tidak pernah berhenti. setiap detik akan terisi. Namun budaya mencatat yang tidak konsisten menjadikan aku berasa agak rugi. rugi kerana membiarkan memori segar dari setiap sudut waktu yang ku lalui berlalu begitu sahaja. kali ini buat pertama kalinya aku mencatat dari tempat kerja yang baru. Berada dalam zon selesa dalam satu dekad, membuatkan aku mengerah seluruh indera untuk membiasakan diri di tempat baru, kawan baru, pentadbir baru dan anak2 didik yang baru. Sejak 1 april yang lalu, sehingga sekarang, merupakan period masa training aku di sini. ternyata tidak sesukar yang aku jangka. Saat ini, semuanya menjadi biasa, malah keseronokan ke tempat kerja membuatkan aku lupa pernah sekejap terpenjara dalam kerisauan yang aku cipta sendiri. Pendek kata, di mana-mana sahaja aku berada, aku adalah pendidik.

No comments:

Post a Comment