Lagu

Sunday, March 22, 2015


Rentan dan Pertemuan

Rentanku pada semalam yang tersia
emnjadikan aku terkesima.
Akal...
Engkau di mana?
Hati...
Engkau ke mana?
Benak...
Kenapa berbagi dua? 

Rentanku pada kelmarin yang luka
melahirkan semula aku
yang tiba-tiba tua.

Tuhan,
terima kasih...
Engkau ketemukan akalku dengan kewarasan kerana manisnya iman
Engkau pulangkan hatiku yang tersasar kerana indahnya amal
Engkau satukan benakku dengan keyakinan kerana hidup perlu rasa bertuhan.

23 Mac 
Edited by Rozie from "karyaku"

1 comment:

  1. assalamualaikum warahmatullah.. Cikgu Roziah Abu Bakar :D
    ..apa khabar... cari FB cikgu x jumpa ... teringat cikgu bila buka blog atau gmail T_T.

    Khairul Anuar
    Form 1 SMKBAKTI 2009

    ReplyDelete