Lagu

Tuesday, December 28, 2010

Perjuangan Perlu diteruskan...

TAUBAT adalah kembali daripada melakukan maksiat. Orang yang berdosa itu seolah-olahnya meninggalkan Allah dengan tidak taat kepada-Nya dan melanggar perintah-Nya. Maka, apabila dia meninggalkan maksiat, seolah-olah dia kembali semula kepada Allah.

Allah memerintahkan supaya kita melakukan taubat seperti firman-Nya bermaksud: “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah an-Nur, ayat 31)

Allah turut berjanji menerima taubat serta membuka pintu pengharapan seluas-luasnya.

Firman Allah bermaksud: “Katakanlah Muhammad, wahai hamba-hambaku yang melampau (menzalimi) dirinya, janganlah kamu putus asa daripada rahmat Allah, sesungguhnya Allah mengampunkan dosa semuanya, sesungguhnya Dia Maha Pengampun dan Maha Mengasihani.” (Surah az-Zumar, ayat 53)

Ulama sepakat bahawa taubat itu wajib dilakukan segera dan berterusan sama ada dari segala dosa kecil atau besar. Perkara ini dijelaskan dalam firma-Nya bermaksud: “Oleh itu tidakkah mereka mahu bertaubat kepada Allah dan memohon keampunannya (sesudah mereka mendengar keterangan mengenai kepercayaan mereka yang salah dan balasan seksanya?) Pada hal, Allah amat pengampun lagi amat mengasihani.” (Surah al-Maidah, ayat 74)

Seorang lelaki bertanya kepada Abdullah bin Mas'ud mengenai dosa yang ditanggungnya, adakah boleh bertaubat. Abdullah berpaling daripadanya, kemudian menoleh kembali kepada lelaki itu.

Dia melihat kedua-dua mata lelaki itu berlinangan air mata. Lalu, Abdullah berkata: “Syurga itu ada lapan pintu, semuanya dibuka dan ditutup melainkan pintu taubat, kerana di situ ada malaikat yang ditugaskan supaya tidak menutupnya. Maka beramallah, jangan kamu berputus asa.”

Lukman Hakim berpesan: “Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian daripada rezeki yang kami berikan kepada kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal maut kepadanya.

“(Kalau tidak) maka, dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: “Wahai Tuhanku alangkah baiknya kalau engkau lambatkan (kedatangan ajal matiku) ke suatu masa yang sedikit saja lagi. Hal itu supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh.

“Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya, dan Allah amat mendalam pengetahuannya mengenai segala yang kamu kerjakan.”

Orang yang telah dimatikan, semuanya berangan-angan untuk dapat hidup sebentar supaya dapat bertaubat dan bersungguh-sungguh melakukan ketaatan, tetapi jauh sekali apa yang mereka inginkan.

Menurut pendapat ulama secara ringkasnya taubat Nasuha adalah mencabut daripada melakukan dosa pada masa itu. Menyesali perbuatan dosa lalu dan berazam tidak akan melakukan dosa pada masa akan datang. Kemudian, jika dosa itu berkait dengan manusia, hendaklah dikembalikan kepadanya.

Said bin Jabar Rahimahullah berkata: “Taubat tidak akan diterima, selagi tidak menyempurnakan tiga syarat iaitu takut tidak diterima, mengharap diterima dan menghitung taat.”

Imam Kartobi Rahimuhullah berkata: “Taubat menghimpunkan empat perkara iaitu istigfar dengan lidah, meninggalkan dengan badan, menyembunyikan keinginan untuk kembali semula dan meninggalkan keburukan.”

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang yang melakukan kejahatan, disebabkan (sifat) kejahilan, kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya, dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui lagi amat bijaksana.” (Surah an-Nisa, ayat 17)

Jamhur ulama menyatakan maksud taubat yang dekat ialah taubat sebelum hampirnya kematian. Allah menerima taubat hamba-Nya yang derhaka, selagi roh ada dalam badan.

Perkara ini menunjukkan seelok-elok taubat adalah ketika sihat untuk membolehkannya melakukan amal soleh. Sebab itu, Allah gandingkan kalimah taubat dengan amal soleh dalam banyak tempat.

Taubat ketika hampir mati, sama dengan menyedekahkan harta ketika kematian sudah datang. Ia seolah-olah seseorang tidak akan bertaubat, melainkan apabila sudah sakit, setelah kekuatan dan kesihatannya digunakan sepenuhnya tenggelam dalam syahwat dan kelazatan dunia.

Apabila putus asa dari kehidupan dunia, barulah hendak bertaubat, bukanlah ini cara bertaubat sebenar.

Oleh itu, ketika usia masih ada, lakukan taubat sepenuh hati, lebih-lebih lagi pada Ramadan yang mulia . Pada Ramadan Allah berjanji untuk mengampunkan dosa umatnya bertakwa sepenuh hati terhadap-Nya. Marilah kita rebut peluang ini dengan melakukan taubat di atas kesalahan sama ada dosa kecil atau besar.

http://klikkhas.bharian.com.my/klikkhas/salamaidilfitri/Artikel/RehalRamadan/20090820184953/Article/index_html

Friday, December 24, 2010

Selamat Tahun Baru 1432H......













Mungkin agak terlambat untuk mengalu-alukan yang telah tiba. Namun sekurang-kurangnya belum berakhir. Ya Muharram....selamat datang. Aku masih di sini dan masih kurang berubah. Doaku agar istiqamah menjadi milikku yang abadi. Ahh...bukankah manis sentiasa mengecapi nikmat iman dan islam. Hidup pastikan damai dan tenang biar dalam beribu dugaan mendepaniku.
Tuhan..jangan berpaling dariku. Kumohon basuhlah debu-debu dosa yang menebal ku kira, yang menghalang pandangan mata akal warasku dari perkara-perkara yang mengancam iman yang membenih dijiwa ini. Jadikanlah semua orang-orang di sekelilingku sebagai sahabat-sahabat yang saling memperkukuhkan satu sama lain menagih redha dan rahmatMu.
Ku serahkan hatiku yang berbolak balik padaMu wahai Allah utk Kau perteguhkan demi mendaulatkan agamaMu.

Thursday, December 16, 2010

Ujian dan Kegagalan




Berkesempatan tika ini untuk menulis lagi tentang sesuatu yang berlegar dalam kehidupan kita sebagai manusia. Alhamdulillah dua kertas exam selesai aku duduki. Sesak rasanya nafas nak menghabiskan apa yang dinamakan peperiksaan, apatah lagi "adult learner". Setiapkali berdepan dengan peperiksaan persoalan lulus gagal tak dapat dielak untuk dibicarakan. "Apa salahnya gagal, boleh cuba lagi" teringat kata-kata salah seorang pensyarahku. Selagi gagal dan cuba lagi bukanlah gagal..gagal yang sebenar ialah berputus asa. Teringat bait-bait kata dalam filem triller "The Hunted Masion" ketika menonton dengan anak-anakku. Betul, aku setuju.

Tidak semua perkara diukur dengan peperiksaan. Kejayaan dalam peperiksaan pula tidak dapat menjadi kayu pengukur kepada kepuasan dalam diri manusia. Banyak perkara yang memerlukan kita berusaha mengenepikan erti putus asa. Hidup ini sementara sedangkan kehidupan menuntut pelbagai perkara yang memerlukan masa. Berkualitikah masa kita? Berapa banyak masa yang kita sia-siakan tanpa sebarang makna. Bukankah semuanya akan ditanya di mahkamah Allah nanti akan ke mana masa kita habiskan selama kita bernyawa?
Masa adalah nikmat Allah kepada kita .Setiap nikmat yang kita terima akan menuntut haknya pada hari kiamat kelak. Dari mana kita ambil dan kemana kita gunakannya.
Nabi saw bersabda:

" Anak adam pasti akan ditanya 4 perkara pada hari kiamat kelak

1. DItanya tentang umurnya bagaiman ia habiskan.

2. Ditanya tentang masa remajanya bagaimana dia menggunakannya.

3. Ditanya tentang hartanya , dari mana ia ambil dan ke mana dia gunakannya.

4 . Ditanya tentang ilmunya sejauh mana pengamalannya.

Hadis riwayat tirmizi.

Kesimpulannya kita akan gagal sentiasa...selagi tiada hubungan hati dengan Allah dalam setiap tindak tanduk.Kegagalan melingkari kita di mana-mana saja. Kita tidak boleh menjadi hamba yang sentiasa gagal. Memperjuangkan sesuatu yang kita pasti kebenarannya akan dikira ibadah di sisiNya. Sungguh luas makna berjaya di sisi Allah s.w.t. Tatkala kita menerima kegagalan dengan rasa kecewa, Allah kurniakan pula kekuatan sebagai ganjaran untuk kita bangkit dan cuba lagi. Pada diriku aku ingatkan..Jangan lupakan Tuhan..kerana ada Tuhan...ada kejayaan.

Tuesday, November 30, 2010

Siapa Ibrahim bin Adham?



Ibrahim bin Adham adalah Raja Balkh dan memiliki daerah kekuasannya yang sangat luas. Ke mana pun ia pergi, empat puluh buah pedang emas dan empat puluh buat tongkat kebesaran emas diusing di depan dan di belakangnya. Pada suatu malam ketika ia tertidur di bilik istananya, atas bilik itu berderak-derik seolah-olah ada seseorang yang sedang berjalan di atas atap. Ibrahim terjaga dan berseru: “Siapakah itu?”

“Sahabatmu. Untaku hilang dan aku sedang mencarinya di atas atap ini,” terdengar sebuah sahutan.

“Bodoh, engkau handak mencari unta di atas atap?” seru Ibrahim.

“Wahai manusia yang lalai,” suara itu menjawab. “Apakah engkau hendak mencari Allah dengan berpakaian sutera dan tidur di atas katil emas?” suara itu menjawab.

Kata-kata itu sangat mengecutkan hati Ibrahim. Ia sangat gelisah dan tidak dapat meneruskan tidurnya. Ketika hari telah siang, Ibrahim pergi ke ruang tamu dan duduk di atas singgahsananya sambil berfikir-fikir, risau dan merasa amat bimbang. Para menteri berdiri di tempat masing-masing dan hamba-hamba telah berbaris sesuai dengan tingkatan mereka. Kemudian dimulakan pertemuan terbuka.

Tiba-tiba seorang lelaki berwajah menakutkan masuk ke dalam ruang tamu itu. Wajahnya begitu menyeramkan sehingga tidak seorang pun di antara anggota-anggota mahupun hamba-hamba istana yang berani menanyakan namanya. Semua lidah menjadi kelu. Dengan tenang lelaki tersebut melangkah ke depan singgahsana.

“Apakah yang engkau inginkan?” tanya Ibrahim.

“Aku baru sahaja sampai ke tempat persinggahan ini,” jawab lelaki itu.

“Ini bukan tempat persinggahan para kafilah. Ini adalah istanaku. Engkau sudah gila!” Ibrahim mengherdiknya.

“Siapakah pemilik istana ini sebelum engkau?” tanya lelaki itu.

“Ayahku!” jawab Ibrahim.

“Dan sebelum ayahmu?”

“Datukku!”

“Dan sebelum datukmu?”

“Ayah dari datukku!”

“Dan sebelum dia?”

“Datuk dari datukku!”

“Ke manakah mereka sekarang ini?” tanya lelaki itu.

“Mereka telah tiada. Mereka telah mati,” jawab Ibrahim.


“Jika demikian, bukankah ini tempat persinggahan yang dimasuki oleh seseorang dan ditinggalkan oleh yang lainnya?”

Setelah berkata demikian lelaki itu hilang. Sesungguhnya ia adalah Nabi Khidir as. Kegelisahan dan kerisauan hati Ibrahim semakin menjadi-jadi. Ia dihantui oleh bayang-bayangnya sendiri dan terdengar suara-suara di malam hari; kedua-duanya sama merisaukan. Akhirnya kerana tidak tahan lagi, pada suatu hari Ibrahim berkata: “Siapkan kudaku! Aku hendak pergi berburu. Aku tidak tahu apakah yang telah terjadi terhadap diriku sejak kebelakangan ini. Ya Allah, bilakah semua ini akan berakhir?”

Setelah kudanya disiapkan lalu ia berangkat pergi memburu. Kuda itu dipacunya melalui padang pasir, seolah-olah ia tidak sedar akan segala perbuatannya. Dalam kerisauan itu ia terpisah dari rombongannya. Tiba-tiba terdengar olehnya sebuah seruan: “Bangunlah!”


Ibrahim pura-pura tidak mendengar seruan itu. Ia terus memacu kudanya. Untuk kali keduanya suara itu berseru kepadanya, namun Ibrahim tetap tidak mempedulikannya. Ketika suara itu berseru untuk kali ketiganya, Ibrahim semakin memacu kudanya. Akhirnya untuk kali keempat, suara itu berseru: “Bangunlah sebelum engkau kupukul!”

Ibrahim tidak dapat mengendalikan dirinya. Di saat itu terlihat olehnya seekor rusa. Ibrahim hendak memburu rusa itu tetapi tiba-tiba binatang itu berkata kepadanya: “Aku disuruh untuk memburumu. Engkau tidak dapat menangkapku. Untuk inikah engkau diciptakan atau inikah yang diperintahkan kepadamu?”


“Tuhan, apakah yang menghalang diriku ini?” seru Ibrahim. Ia memalingkan wajahnya dari rusa tersebut. Tetapi dari tali pelana kudanya terdengar suara yang menyerukan kata-kata yang serupa, Ibrahim kebingungan dan ketakutan. Seruan itu semakin jelas kerana Allah Yang Maha Berkuasa mahu menunaikan janji-Nya. Kemudian suara yang serupa berseru lagi dari bajunya. Akhirnya sempurnalah seruan Allah itu dan pintu syurga terbuka bagi Ibrahim. Keyakinan yang teguh telah tertanam di dalam dadanya. Ibrahim turun dari tunggangannya. Seluruh pakaian dan tubuh kudanya basah oleh cucuran air matanya. Dengan sepenuh hati Ibrahim bertaubat kepada Allah.

Ketika Ibrahim menyimpang dari jalan raya, ia melihat seorang gembala yang memakai pakaian dan topi dibuat dari bulu kambing biri-biri. Pengembala itu sedang menggembalakan sekumpulan binatang. Setelah diamatinya ternyata si pengembala itu adalah hambanya yang sedang menggembalakan biri-biri kepunyaannya. Kepada pengembala itu Ibrahim menyerahkan pakaian yang bersulam emas, topinya yang bertatahkan batu permata dan biri-biri tersebut, sedang dari pengembala itu Ibrahim meminta pakaian dan topi dari bulu biri-biri yang sedang dipakainya. Ibrahim lalu memakai pakaian dan topi bulu milik pengembala itu dan semua malaikat menyaksikan perbuatannya itu dengan penuh kekaguman.

“Betapa megah kerajaan yang diterima putera Adam ini,” malaikat-malaikat itu berkata. “Ia telah mencampakkan pakaian keduniaan yang kotor lalu menggantikannya dengan jubah kepapaan yang megah.”

Dengan berjalan kaki, Ibrahim bermusafir melalui gunung-ganang dan padang pasir yang luas sambil menyesali segala dosa-dosa yang pernah dilakukannya. Akhirnya ia sampai di Merv. Di sini Ibrahim melihat seorang lelaki terjatuh dari sebuah jambatan. Pasti ia akan mati dihanyutkan oleh air sungai.


“Dari jauh Ibrahim berseru: “Ya Allah, selamatkanlah dia!”

Seketika itu juga tubuh lelaki itu berhenti di awang-awangan sehingga orang lain tiba dan menariknya ke atas. Dan dengan merasa hairan mereka memandang Ibrahim: “Manusia apakah itu?” seru mereka.

Ibrahim meninggalkan tempat itu dan terus berjalan sampai ke Nishapur. Di kota Nishapur Ibrahim mencari sebuah tempat terpencil di mana ia dapat tekun mengabdikan diri kepada Allah. Akhirnya bertemulah ia dengan sebuah gua yang akan menjadi amat terkenal. Di dalam gua itulah Ibrahim menyendiri selama sembilan tahun, tiga tahun pada setiap ruang yang terdapat di dalamnya. Tidak seorang pun yang tahu apakah yang telah dilakukannya baik siang mahupun malam di dalam gua itu, kerana hanya seorang manusia yang luar biasa gagahnya yang sanggup bersendirian di dalam gua itu pada malam hari.


Setiap hari Khamis, Ibrahim memanjat keluar dari gua tersebut untuk mencari kayu api. Keesokan paginya ia pergi ke Nishapur untuk menjual kayu-kayu itu. Setelah melakukan solat Jumaat ia pergi membeli roti dengan wang yang diperolehinya. Roti itu separuhnya diberikan kepada pengemis dan separuhnya lagi untuk membuka puasanya. Demikianlah yang dilakukannya setiap minggu.


Pada suatu malam di musim salji, Ibrahim sedang berada di tempat beribadah. Malam itu udara sangat dingin dan untuk bersuci Ibrahim harus memecahkan ais. Sepanjang malam badannya menggigil namun ia tetap mengerjakan solat dan berdoa hingga fajar menyinsing. Ia hampir mati kediginan. Tiba-tiba ia teringat pada api. Di atas tanah dilihatnya ada sebuah kain bulu. Dengan kain bulu itu sebagai selimut ia pun tertidur. Setelah hari terang benderang barulah ia terjaga dan badannya terasa hangat. Tetapi ia segera sedar bahawa yang disangkanya sebagai kain bulu itu adalah seekor naga dengan biji mata berwarna merah darah. Ibrahim berdoa: “Ya Allah, Engkau telah mengirimkan mahkluk ini dalam bentuk yang halus, tetapi sekarang terlihatlah bentuk sebenarnya yang sangat mengerikan. Aku tidak kuat menyaksikannya.”


Naga itu segera bergerak dan meninggalkan tempat itu setelah dua atau tiga kali bersujud di depan Ibrahim.


IBRAHIM ADHAM KE KOTA MEKAH


Ketika kemasyhuran kealimannya tersebar luas, Ibrahim meninggalkan gua tersebut dan pergi ke Makkah. Di tengah perjalanan, Ibrahim berjumpa dengan tokoh besar agama yang mengajarkan kepadanya Nama Yang Teragung dari Allah dan setelah itu pergi meninggalkannya. Dengan Nama Yang Teragung itu Ibrahim menyeru Allah dan sesaat kemudiaan nampaklah olehnya Nabi Khidir as.


“Ibrahim,” kata Nabi Khidir kepadanya. “Saudaraku Daud yang mengajarkan kepadamu Nama Yang Teragung itu.”

Kemudian mereka berbincang-bincang mengenai berbagai masalah. Dengan izin Allah swt Nabi Khidir adalah manusia pertama yang telah menyelamatkan Ibrahim.

Mengenai kisah selanjutnya, perjalanannya menuju ke Makkah Ibrahim menceritakan seperti berikut ini: “Setibanya di Zatul Iraq, kudapati seramai tujuh puluh orang yang berjubah kain perca bergelimpangan mati dan darah mengalir dari hidung dan telinga mereka. Aku berjalan di sekitar mayat-mayat tersebut, ternyata salah seorang di antaranya masih hidup.”

“Anak muda, apakah yang telah terjadi?” Aku bertanya kepadanya.

“Wahai anak adam,” jawabnya padaku. “Duduklah berhampiran air dan tempat solat, janganlah menjauhinya agar engkau tidak dihukum, tetapi jangan pula terlalu dekat agar engkau tidak celaka. Tidak seorang manusia pun bersikap terlampau berani di depan sultan. Takutilah Sahabat yang memukul dan memerangi para penziarah ke tanah suci seakan-akan mereka itu orang-orang kafir Yunani. Kami ini adalah rombongan sufi yang menembus padang pasir dengan berharap Allah dan berjanji tidak akan mengucapkan sepatah katapun di dalam perjalanan, tidak akan memikirkan apa pun kecuali Allah, sentiasa membayangkan Allah ketika berjalan mahupun istirehat, dan tidak peduli kepada segala sesuatu kecuali kepada-Nya.”

Setelah kami mengharungi padang pasir dan sampai ke tempat di mana para penziarah harus mengenakan jubah putih, Khidir as datang menghampiri kami. Kami mengucapkan salam kepadanya dan Khidir membalas salam kami. Kami sangat gembira dan berkata: “Alhamdulillah, sesungguhnya perjalanan kita telah diredhai Allah, dan yang mencari telah mendapatkan yang dicari, kerana bukankah orang soleh sendiri telah datang untuk menyambut kita.” Tetapi saat itu juga berserulah sebuah suara dalam diri kami: “Kamu pendusta dan berpura-pura! Begitulah kata-kata dan janji kamu dahulu? Kamu lupa kepada-Ku dan memuliakan yang lain. Binasalah kamu! Aku tidak akan membuat perdamaian dengan kamu sebelum nyawa kamu Kucabut sebagai pembalasan dan sebelum darah kamu Kutumpahkan dengan pedang kemurkaan! Manusia-manusia yang engkau saksikan bergelimpangan di sini, semuanya adalah korban dari pembalasan itu. Wahai Ibrahim, berhati-hatilah engkau! Engkau pun mempunyai cita-cita yang sama. Berhati-hatilah atau pergilah jauh-jauh dari situ.?

Aku sangat takut mendengar kisah itu. Aku bertanya kepadanya: “Tetapi mengapakah engkau tidak turut dibinasakan?”

Kepadaku dikatakan: “Sahabat-sahabatmu telah matang sedang engkau masih mentah. Biarlah engkau hidup sesaat lagi dan akan menjadi matang. Setelah matang engkau pun akan menyusul mereka.”

Setelah berkata demikian ia pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.


IBRAHIM TIBA DI MEKAH

Empat belas tahun lamanya Ibrahim mengharungi padang pasir dan selama itu pula ia selalu berdoa dan merendahkan diri kepada Allah. Ketika hampir sampai ke kota Makkah, para sesepuh kota hendak menyambutnya.Ibrahim mendahului rombongannya agar tidak seorang pun dapat menyenali dirinya. Hamba-hamba yang mendahului para sesepuh tanah suci itu melihat Ibrahim, tetapi kerana belum pernah bertemu dengannya, mereka tidak mengenalinya. Setelah Ibrahim begitu dekat, para sesepuh itu berseru:” Ibrahim bin Adham hampir sampai. Para sesepuh tanah suci telah datang menyambutnya.”


“Apakah kamu inginkan dari si bidaah itu?” tanya Ibrahim kepada mereka. Mereka langsung menangkap Ibrahim dan memukulnya.

“Para sesepuh tanah suci sendiri datang menyambut Ibrahim tetapi engkau menyebutnya bidaah?” herdik mereka.

“Ya, aku katakan bahawa dia adalah seorang bidaah,” Ibrahim mengulangi ucapannya.

Ketika mereka meninggalkan dirinya, Ibrahim berkata pada dirinya sendiri: “Engkau pernah menginginkan agar para sesepuh itu datang menyambut kedatanganmu, bukankah telah engkau perolehi beberapa pukulan mereka? Alhamdulillah, telah kusaksikan betapa engkau telah memperoleh apa yang engkau inginkan!”

Ibrahim menetap di kota Makkah. Ia selalu ditemani beberapa orang sahabat dan ia memperolehi nafkah sebagai tukang kayu.

IHSAN - http://www.facebook.com/notes/kisah-teladan/ibrahim-bin-adham-adalah-seorang-raja/469803409320


Bahan Bacaan Berguna



Assalamaualaikum semua...

Berpeluang mendekati majalah Solusi terasa begitu bermakna. Banyak ilmu, banyak peringatan dalam garapannya. Tema bulan ini..begitu menggamit diri bermuhasabah. Terbaca blog sahabat di Fotomedia membuatkan hati terkesan dengan kata-kata Ibrahim Adham.

"Hati perlu digilap selalu untuk terus bersinar. Andaikata tugas
ini kita abaikan, hati akan mati. Mengikut Ibrahim bin Adham, 8 perkara boleh mematikan hati.

1) MENGETAHUI HAK ALLAH TETAPI TIDAK MENEGAKKAN HAK ITU

Sebagai contoh kita tahu kita ini hamba Allah. Semua orang Islam tahu kita ini hamba Allah dan sebagai hamba Allah kita ada taklif atau pun kewajipan. Tetapi kewajipan tidak kita tegakkan. Kita hanya berkata saya hamba Allah tetapi berlagak seperti tuan.

2) MEMBACA AL-QURAN TETAPI TIDAK MELAKSANAKAN SURUHANNYA

Rata-rata ramai orang bertadarus Al-Quran dimusim Ramadhan, Alhamdulillah. Semoga Allah ganjari mereka yang bertadarus itu tetapi adakah kita memahami dan menghayati suruhan-suruhan Al-Quran atau pun sekadar bertadarus dan membaca. Quran berkata 'A' kita mengatakan 'Z'.

3) MENCINTAI NABI TAPI MENGABAIKAN SUNNAHNYA

Kita berselawat nabi, sebagai contoh musim Maulidur Rasul. Kita berdiri dan masing-masing berselawat ke atas Nabi. Sedap pula suara kita ketika itu. Tapi sunnahnya adakah kita tegakkan. Ini persoalannya. Bila kita cintai Nabi dengan lidah tapi mengabaikan sunnahnya. Maksud sunnah ialah ajaran yang dibawa nabi. Maka ia mematikan hati.

4) TAKUTKAN MATI TETAPI TIDAK PERSIAPKAN DIRI

Ini perkara popular. Tanyalah kepada sesiapa pun. Ramai orang malah hampir kesemua manusia takutkan mati tetapi apakah persiapan untuk menghadapi mati. Tidak lakukan apa-apa. Yang dilakukan ialah enjoy, berseronok tetapi ibadah khusus tidak dilakukan. Lidah berkata takutkan mati persiapannya tidak ada. Orang seperti ini hatinya mati.

5) MENGETAHUI SYAITAN ITU MUSUH TETAPI GHAIRAH PULA MENGIKUTNYA

Ini pun semua kita faham. Tanyalah kepada sesiapa pun terutama orang Islam, syaitan adalah musuh kita. Kita akan berkata syaitan musuh kita tapi tanpa disedari kita mengikut cakap syaitan. Syaitan berkata jangan solat kita tak solat. Syaitan berkata mengata orang kita mengata orang. Maka syaitan musuh kita tapi sayangnya kita mengikut musuh kita sampai kita mati bertemu dengan Allah. Maka itu mematikan hati.

6) TAKUTKAN NERAKA TAPI MELAKUKAN MAKSIAT

Tanyalah kepada orang Islam adakah mereka takutkan neraka.
Sebahagian takutkan neraka tetapi maksiat dibuat selalu. Itu mematikan hati.

7) MAHUKAN SYURGA TAPI TIDAK BERAMAL SOLEH

Kita mahukan balasan yang baik, Jannatul Firdaus tetapi sembahyang, puasanya tidak. Perkara haram sering dilakukan. Itu mematikan hati.

8 ) KEKURANGAN DIRI SENDIRI DILUPAKAN TETAPI KEKURANGAN ORANG LAIN DIKETENGAHKAN

Maksudnya kita tidak mahu melihat kelemahan diri sendiri tapi bila melihat kelemahan orang lain kita boleh tulis novel yang panjangnya 200 halaman. Itulah manusia yang hatinya telah mati. Lantas tuan-tuan dan puan-puan, apabila kita asyik melihat kelemahan orang lain, asyik komen tentang orang lain tetapi tidak mahu komen tentang kelemahan diri sendiri itu petanda hati kita telah mati.

Semoga insyaallah peringatan Ibrahim bin Adham ini menjadi iktibar kepada kita bersama agar insyaallah kita dapat beramal soleh, mendekatkan diri kepada Allah dan yang paling penting kita dapat hidupkan hati kita. Bila hati kita hidup dengan cahaya nur, iman dan takwa, keputusan yang kita buat setiap hari berhubung diri kita, keluarga kita, kerjaya kita dan masalah kita, tepat dan mampu menyelesaikan masalah. Sebaliknya jika hati kita mati dan setiap hari berdepan dengan masalah, kita membuat keputusan dan akhirnya kita menyedari keputusan yang kita buat menyusahkan
lagi diri kita sendiri. Sebab kita membuat keputusan dari hati yang mati.

Semoga peringatan Ibrahim bin Adham tentang 8 perkara yang mematikan hati dapat sama-sama kita jadikan sebagai panduan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. insyaAllah.

Roda-roda yang berputar..........



Aku mangli dengan kalimah hidup ini umpama roda. Hakikatnya memang benar begitu. Bukankah iman juga bagaikan roda. alangkah bahagianya tika roda berhenti iman kita di kemuncak. Namun hidup tak semudah percaturan roda. ranjau dan onak bukan senantiasa nampak tajam menikam. Kerana hidup di dunia punya nafsu seringkali onak dan duri bagai tidak melukakan...tidak membuatkan diri merana. Alangkah bahagianya manusia yang setiap detik yang berganjak pergi nampak akan semua dengan pandangan beralaskan iman. Sentiasa utuh kukuh dengan perintah dan larangan Allah tuhan pencipta sekalian alam. Petang ini aku terkesima..sambil mata terpana pada roda basikal yang baru seminggu aku miliki.......bukan...sebahagian pinjaman tuhan padaku sebenarnya...

Thursday, August 12, 2010

Ramadhan...Aku Bersamamu lagi

Kerancangan rata-rata orang melayari facebook membuatkan aku sendiri bagai tak teruja mengemaskini blog aku sendiri. Mungkin di blog ini, terasa sunyi tanpa kawan2 memberi respon itu dan ini. Namun sebenarnya aku amat menghargai. Rasa rindu menulis membuatkan aku datang kembali menjengok blog ini yang agak lama dibiarkan tanpa cerita dan berita. Dalam Ramadhan yang penuh kemuliaan ini..hati banyak berbicara..berbicara hidup dan mati. Pada 4 hb Februari lalu..genap umur aku 36 tahun.. Aku melewatinya dengan rasa syukur. Masa terus berlalu..sehinggalah aku bertemu lagi dengan Ramadhan. Hati tiba2 menjadi sayu..sebak..Tidak aku begitu emosi menyambut ketibaan hari lahir aku sendiri.Tapi kedatangan Ramadhan... Tuhan, kau beri lagi kesempatan padaku mengecapi bulan muliaMu.. Berikan aku kekuatan hati..mengimarahkan bulan yang suci ini.. Moga setiap saat detik yang berlalu aku menghargai dan aku gunakan semata-mata keranaMu. Harapnya keluar dari Ramadhan..aku menjadi diri yang baru..yang lebih jelas melihat dunia dan isinya.. Jelas akan matlamat hidup aku dan kita yang sementara.

Aahh....Kata-kataku seperti kata-kata kawan-kawan di facebook. hampir semua menyusun kata mengharap mendamba redha dan rahmatNya sepanjang ramadhan. Ramai..semua mengalu-alukan kedatangan bulan ini.. Moga semua kita yang menyusun indah kata-kata pengharapan padaNya..kuatkan azam dan berbuat sesuatu mendapat kasih sayang tuhan

Monday, June 28, 2010

KERANA MASA BUKAN MILIK KITA...



Memang masa bukan milik kita.....seperti segalanya yang kita miliki dalam dunia fana ini. Kerana masa bukan milik kita..mungkin itu sebabnya kita kurang menghargai. Ada ketikanya langsung tidak memperdulikan ia pergi.
Aku jugak rasanya tidak menghargai masa, malah kurang bijak menggunakan masa sehingga lama jugak tak kemaskini blog ini.Elok kan daripada tidak, biarlah agak terlewat..tapi tetap kita gagahi jugak teruskan apa yang telah kita mula.
Emmmh dah hampir masuk bulan Julai.. Sibuk sangat macam semua orang sibuk dengan urusan masing-masing. Moga hati tak lupa pada Pencipta

Saturday, May 15, 2010

Selamat Hari Guru

Aku nukilkan
sebuah rasa dari benakku yang dalam
mengutip silamku yang makin kabur
biar jelas dan terang
akan kisah budi dan keluhuran
jiwa-jiwa yang acapkali memberi padaku
begitu banyak pengertian tentang
sebuah kehidupan..harapan dan kemungkinan

Aku nukilkan
sebuah kebenaran berbekalkan huruf-huruf
yang pada mulanya tidak ku tahu menyusun
menjadi perkataan..
yang daripadanya menjadikan aku manusia
yang terus meneroka hidup yang berliku
berbekalkan ilmu yang dicurahkan.


Guru....
Damailah hendaknya budimu dalam redhaNya
sejahteralah hendaknya dirimu dengan jasa yang menggunung
Biarpun di mana engkau berada
mewangi harum jambangan budimu
dalam doa kami selamamya..

Monday, May 3, 2010

Jom lengkapkan Pantun 4 kerat

Pantun Budi

__________________________
__________________________
Tidak rugi menabur budi,
kawan ramai tuhan pun sayang.


___________________________
___________________________
Biar hidup banyak berbudi,
Namun jangan minta dikenang,


___________________________
___________________________
Dengki, khianat amalan keji,
jangan ditanam di dalam jiwa.


Jangan lupa, Isnin depan cikgu nak tengok pantun ciptaan 1A yang hebat-hebat. Ada hadiah menanti untuk pemantun yang dapat "memikat" pendengaran cikgu..Bye..

Thursday, April 29, 2010

Anyaman Dimensi Baru 4T3




Emmh seronok betul aktiviti hari ni..tak sangka pulak cikgu kelas 4T3 begitu bersungguh2 menyiapkan "Swan" kertas masing2.. Cantik, kan! Tengok ajelah mereka tu...minat betull....Anyaman kali ni unik sikit..Cantik kan! Nanti ada masa cikgu ajar yang lain pulak ye! Jumpa lagi hari Isnin..

Wednesday, April 28, 2010

Jiran dan Kejiranan



Anak-anak pelajar yang dikasihi..kehidupan dalam arus globalisasi menyaksikan sifat individualistik menguasai masyarakat. Perkataaan "jiran" hanya tinggal istilah yang lebih banyak dibincangkan daripada difahami dan dijiwai oleh setiap ahli masyarakat. Marilah anak-anak generasi baru.. menghidupkan semula semangat kejiranan yang kian lenyap dek arus kemodenan. Luangkanlah masa untuk memikirkan secara serius masalah kejiranan yang wujud dalam masyarakat kita pada hari ini...

Jumpa lagi...
Untuk pelajar 1A dan 1D. Cuba bina satu karangan lengkap berdasarkan rangka jawapan di bawah:
Pentingnya semangat kejiranan di kalangan kita. Tulis sebuah karangan mengapa pentingnya semangat kejiranan.

Pendahuluan : Jiran adalah orang yang tinggal berhampiran dengan rumah
kita sama ada yang tinggal di sebelah - menyebelah di hadapan atau di belakang.

a. sekiranya ditimpa kesusahan - jiran akan menolong .
ini bukti jiran adalah penting kepada kita - mesti saling bantu membantu - berat
sama dipikul ringan sama dijinjing.
b. diamal tanpa mengira kaum, agama dan bangsa
-masyarakat akan hidup dengan aman.
perpaduan akan menjadi kukuh.
c. mengeratkan perhubungan antara satu sama lain.
kunjung mengunjungi semasa perayaan - memupuk semangat muhibah di antara
pelbagai kaum.

Penutup
kita perlu memupuk semangat kejiranan antara kita - perselisihan kaum akan dapat dielakkan. negara akan menjadi lebih kuat dan disegani oleh musuh.

NOTA : Masukkan satu peribahasa yang sesuai dalam karangan anda.

Mari Memburu Kecemerlangan

Fazliana Hamdi- Pelajar 9A SPM 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera anak2 didik cikgu yang disayangi kecemerlangan sudah tentu menjadi idaman semua orang. Apa saja bidang yang diceburi, pasti kemerlangan menjadi dambaan hati. Melihat saja kejayaan orang lain..pasti terdetik rasa.keinginan untuk cemerlang..walaupun usaha kita tidak sehebat mana..betul, kan!
Kemerlangan biasanya seiring dengan usaha yang berlipat ganda. Pastinya pelbagai dugaan dan halangan mendepani orang yang cemerlang. Namun habuan yang diperolehi melenyapkan letih lelah dalam usaha meletakkan diri cemerlang dalam sesuatu perkara.Sebagai pelajar banyak perkara yang perlu anda semua titik beratkan, agar meletakkan anda berada dalam landasan menuju kecemerlangan.

Berbagai-bagai cara untuk mendapat kecemerlangan setiap murid mempunyai cita-cita menjawat jawatan tinggi bergantung kepada individu sendiri dan lain-lain faktor.

1. Tumpuan terhadap pelajaran - menelaah pelajaran - membuat rujukan
2. Menyediakan jadual waktu peribadi yg teratur - patuh kpd jadual waktu tersebut
3. Rajin bertanya kepada guru - jika timbul masalah - perbincangan dgn rakan2
4. Sediakan buku-buku rujukan
5. Ikuti kelas tambahan - di sekolah / tempat lain
6. Banyakkan latihan tambahan
7. Tidak ponteng kelas / sekolah
8. Tidak tinggal sembahyang dan sentiasa berdoa
9. Banyak membaca bahan-bahan tambahan
10. Sikap tidak berputus asa - tekun tanpa mengenal jemu

Ingatlah pelajar-pelajar yang cikgu sayangi.."di mana ada kemahuan di situ ada jalan".

Tuesday, April 27, 2010

Pantun Empat Kerat ( Berjimat Cermat)


Tema
Kelebihan amalan berjimat-cermat dan keburukan berbelanja dengan boros

Persoalan
a) Amalan berjimat-cermat amat dituntut.
b) Suka berbelanja dgn boros akan membinasakan diri.
c) Perancangan perbelanjaan yang betul memberikan kebaikan kepada diri seseorang.
d) Kesederhanaan berbelanja mengikut kemampuan

(Persoalan merupakan intipati yang ingin disampaikan oleh penulis melalui karyanya selain persoalan pokok yakni tema)

Bentuk
a) Terdiri daripada 7 rangkap
b) Setiap rangkap mempunyai 4 baris
c) Setiap baris mempunyai 3-5 patah kata
d) Setiap baris terdiri daripada 8-12 suku-kata
e) Rima akhir rangkap 1- rangkap 7 ialah a,b,a,b.


JOM FIKIR......
Berjimat- cermat mendatangkan banyak faedah kepada kita. kita boleh berjimat-cermat apabila menggunakan wang, air, masa, bekalan elektrik dan lain-lain lagi.Kita mestilah berjimat-cermat ketika membelanjakan wang. Kita boleh mengumpulkan wang dalam tabung. Bak kata "sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit." Setelah wang tabung penuh, ia boleh disimpan di dalam bank untuk kegunaan di masa depan.
kita juga perlu menjimatkan penggunaan air. Air sangat penting untuk kita menjalankan aktiviti harian seperti mandi, masak, dan lain-lain lagi. Jika tiada air, kehidupan kita akan menjadi susah.
Selain itu, kita perlu menjimatkan masa. Masa amat penting kerana masa yang telah berlalu tidak dapat dikejar balik dan beli. Oleh itu, kita haruslah menghargai masa.
Kita juga mestilah menjimatkan bekalan elektrik. Kewujudan elektrik telah memudahkan kerja seharian kita dan membolehkan hidup kita bertambah selesa. Jika kita tidak menjimatkan penggunaan bekalan elektrik, maka bayaran bil elektrik kita akan meningkat. Lantaran itu, akan menambahkan lagi beban ibu bapa kita.
Oleh yang demikian, kita haruslah mengamalkan sikap berjimat-cermat dan jauhilah sikap yang terlalu boros.

Nanti cikgu sambung lagi dengan Unsur bunyi, Gaya bahasa dan Nilai. Jumpa nanti di kelas. bye..

Anyaman Dimensi Baru

Anyaman ialah satu seni warisan yang popular dalam kalangan orang Melayu. Anyaman dan tikar merupakan sesuatu yang sinonim satu ketika dahulu. Namun kini anyaman mengkuang dan pandan telah pelbagai dan disesuaikan dengan kegunaan semasa. Berikut adalah contoh-contoh produk anyaman






Monday, April 26, 2010

Sekitar Perkhemahan Pengawas 2010








Pada hari Sabtu yang lalu Pengawas Sekolah Men. Kebangsaan Bakti telah mengikuti satu Kursus Kepimpinan yang diadakan di Tasik Mengkuang, Bukit Mertajam. Berlatarbelakangkan pemandangan yang indah..beberapa aktiviti telah dijalankan. Ternyata waktu yang singkat diisi dengan aktiviti yang begitu memberi manfaat kepada barisan pimpinan pelajar Smk. Bakti. Hendaknya.. segala ilmu dan pengalaman yang diperolehi memberi kekuatan dan keyakinan kepada pengawas Smk Bakti untuk menjalankan amanah yang ditugaskan.
Umi dengan berbesar hati mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat ahli jawatankuasa yang bertungkus-lumus menjalankan aktiviti sepanjang perkhemahan. Kalian memang hebat!

Pantun 4 Kerat

KANDUNGAN PANTUN MELAYU

Pembayang atau sampiran

Pembayang terletak pada bahagian setengah pertama setiap rangkap pantun. Pembayang memainkan peranan untuk memberi persamaan bunyi/rima kepada maksud. Pembayang pada baris pertama hendaklah ada hubung kait dengan pembayang pada baris berikutnya dalam setiap rangkap pantun.

Maksud atau isi

Maksud atau isi terdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap rangkap pantun. Pada bahagian inilah tersurat dan tersiratnya apa yang hendak disampaikan dalam pantun tersebut(tema).

Perkataan

Pantun biasanya mengandungi empat atau tiga patah perkataan pada tiap-tiap baris. Pantun yang baik memaparkan bilangan perkataan pada tiap-tiap baris yang sama bilangannya.

Suku kata

Tiap-tiap patah perkataan terdiri daripada tiga atau empat suku kata. Dalam tiap-tiap baris pula hendaklah mengandungi antara lapan hingga dua belas suku kata. Pantun yang baik mengandungi jumlah suku kata yang sama banyak.

Rima atau bunyi

Rima ialah bunyi yang sama pada bahagian tengah atau akhir pada tiap-tiap baris pantun. Rima yang baik mempunyai bunyi yang sama dalam setiap rangkap pantun. Rima pada baris pertama pembayang mestilah sama dengan rima baris pertama maksud dan begitulah seterusnya Rima pantun yang terbaik ialah a,b,a,b dan ada juga berima a,a,a,a.

Pantun di bawah mengandungi 4 patah perkataan dan 9 suku kata setiap baris.Contoh pantun yang baik :

Ba/ik/ ber/galas/ ba/ik/ ti/dak/,
Bu/li/-bu/li/ ber/ta/li/ be/nang/,
Ba/ik/ ber/ba/tas/ ba/ik/ ti/dak/,
A/sal/ bu/di/ sa/ma/ di/ke/nang/.

CIRI-CIRI PANTUN YANG BAIK

Pantun yang baik ialah pantun empat kerat yang mempunyai ciri-ciri berikut:

*
mengandungi 4 kerat/baris
*
jumlah perkataan dalam sebaris antara 4-5 patah perkataan
*
jumlah suku kata sebaris antara 8-12 suku kata
*
ada hubungan antara pembayang (2 baris di atas) dan maksud (2 baris di bawah)
*
bunyi rima akhir seuntai pantun itu mestilah sama- a,b,a,b .
*
bahasa yang halus, penuh kiasan dan sindiran serta banyak menggunakan unsur alam.
*
maksud isinya sarat dengan pengajaran, moral dan falsafah hidup
*
sarat dengan ciri-ciri tradisional-penggunaan rangkap, ada pembayang dan maksud, mempunyai nilai hidup masyarakat yang menggambarkan perspektif masyarakat yang melahir dan menggunakannya.

sumber: http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=826&VertSectionID=25&CurLocation=208&IID=&Page=1

Media (Krayon)



Cubaan yang baik. Walaupun kali pertama menggunakan krayon..not bad..Cuba lagi ye..Cikgu harap hargai hasil kerja sendiri..Ini pun cikgu ambil dari lantai kelas..Apalah ertinya kalau hasilnya cantik..tapi orang lain yang buatkan..betul kan!
Tuan punya lukisan ni...jumpa cikgu.

Anyaman





Seronok cikgu tengok anak2 murid cikgu tekun dgn kerja masing2..Khamis ni..kita menganyam lagi ye..!

Thursday, April 15, 2010

Renungan untuk Kita yang bernama manusia..

Anak-anak yang cikgu sayangi..kejayaan bukan satu kebetulan. Tentu semua setuju dengan cikgu. Apa maksudnya.. Maksudnya kejayaan perlu ada perancangan perlu ada usaha. Hendak kita biarkan siapa untuk menentukan cara kita mengurus diri kalau bukan kita sendiri.Ohh..hidup kita ditakdirkan..Kita pun membiarkan diri kita kerana takdir telah tersurat.

Allah s.w.t telah berfirman yang mafhumnya, "tidak akan aku ubah nasib sesuatu kaum itu sehinggalah mereka ubah apa yang ada dalam diri mereka sendiri".



<
Mentari Merah Di Ufuk Timur

Ada yang tertinggal
Setelah terbenam Mentari
Ada yang tertinggal
Setelah kering air di kali

Alam telah menyakinkan
Kau mesti pergi
Kau mesti
Alam telah menyakinkan
Kau mesti kembali
Bagai yang telah dijanjikan Illahi
Ada yang tertinggal
Setelah musnah semua mimpi

Kekal selamanya
Cintaku dengan cahaya mu
Kekal selamanya
Tetap dalam ingatanku

Lemas dalam rindu
Tenggelam dalam tangisan
Engkau telah pergi
Tapi masih ada...
Yang kau tinggalkan dalam kalbuku
Yang tinggal...

Tuesday, April 13, 2010

Latihan Arca

Jawab semua soalan berdasarkan nota yang telah cikgu berikan pada 2 minggu lalu

1. Apakah yang dimaksudkan dengan arca asemblaj?
2. Arca estetika ialah_____________________
3. Arca "Ayam Jantan" oleh Anthony Lau adalah arca_______________________
4. Tugu Negara adalah bentuk arca_________________
5. Apakah arca berfungsi? Huraikan
6 Senaraikan 5 jenis arca
7. Arca Timbulan juga dikenali sebagai arca______________. Berikan satu contoh arca
timbulan yg terdapat dalam nota diberi

Pastikan ada latihan ini dalam buku nota

Wednesday, April 7, 2010

Kepentingan Kebersihan



Untuk pelajar 1A
Perkara yang perlu kamu semua beri perhatian adalah
Memahami maksud KEPENTINGAN - sebagai faedah, kelebihan, kebaikan

Jawapan seperti karangan Gejala Ponteng yang telah pun kita buat pada minggu. Karangan perlu mempunyai

Pengenalan
Isi dan;
Penutup

Mutaakhir ini terdapat banyak kawasan yang kotor, samada di bandar mahupun di kampung-kampung. Kesedaran masyarakat Malaysia terhadap pentingnya menjaga kebersihan seperti sudah luntur dalam masyarakat kita, semua pihak perlu sedar akan kepentingan kebersihan kepada diri, keluarga juga negara.

isi 1
kebersihan negara diutamakan- rakyat hidup dalam keadaan yang sejahtera - bebas daripada sebarang penyakit

isi 2
negara kelihatan bersih dan cintik - industri perlancongan maju - pelancong dalam/luar seronok melancong - pelancong luar menceritakan kecantikan dan kebersihan negara - imej negara baik di mata dunia

isi 3
kebersihan melambangkan keperibadian seseorang- tidak menjaga kebersihan dilabel pengotor- menjatuhkan maruah- berkaitan sikap malas

Penutup

mestilah mementingkan dalam kehidupan
kerajaan hendaklah melancarkan kempen kebersihan untuk mendidik rakyat

Monday, April 5, 2010

1A...


Rajin nampak..belum buat pembentangan lagi, kan!

Sunday, April 4, 2010

Sajak "Diari lama" (Maksud Sajak)

Tema
Se
mangat nasionalisme dalam jiwa rakyat Malaysia

Maksud sajak
Rangkap pertama
Perjuangan para pejuang dahulu amat hebat hingga menunmpahkan darah.

Rangkap ke-2
penyajak menyatakan rasa cinta pada negara dan menyaksikan sambutan ulang tahunkemerdekaan dengan rasa banga. Penyajak mengharapkan negaraa akan makmur sampai
bila-bila atau selama-lamanya.

Uji diri

1. Apakah yang dimaksudkan dengan:
a) selembar
b) panji
c) nusa
d) menongkah

Selamat Mencuba..Untuk 1A..kita jumpa hari Isnin depan
Untuk 1D..kita jumpa pada hari Selasa depan.

Thursday, April 1, 2010

Anyaman

Jangka

Dikenali juga sebagai sisir kayu/buluh bermata tajam, di negeri Kedah lebih dikenali sebagai Jangat. Tangkai jangka diperbuat daripada buluh atau kayu. Bahagian kepala tangkai diletakkan dengan beberapa mata tajam. Jangka mempunyai beberapa saiz tertentu, bergantung kepada jumlah serta jarak mata yang digunakan. Kedudukan mata yang rapat akan menghasilkan bilah daun yang lebih kecil dan sebaliknya.

Pelurut

Pelurut diperbuat daripada buluh dan ukurannya adalah antara 17cm panjang dan empat hingga lima cm lebar. Pelurut digunakan bagi melembutkan bilah atau helaian daun yang telah dijangka ketika sebelum proses anyaman kerana bilah atau helaian daun yang telah diwarnakan perlu dilembutkan sekali lagi untuk memudahkan kerja-kerja anyaman dilakukan.


Penyisip

Penyisip diperbuat dari buluh dan mempunyai bentuk yang agak runcing di bahagian hujungnya. Penyisip digunakan ketika sisipan dilakukan di peringkat proses anyaman. Tujuan sisipan dilakukan adalah untuk mengelakkan anyaman daripada terburai.

Parang

Parang digunakan untuk memotong daun-daun pandan dan mengkuang daripada pokoknya. Ia juga digunakan untuk memotong atau menetak bahagian pangkal dan hujung daun

Pisau

Pisau digunakan semasa proses anyaman. Anyaman yang telah disisip akan meninggalkan lebihan bilah daun dan lebihan itu akan dikerat sebagai langkah terakhir proses anyaman. Sejenis pisau lagi yang diperbuat daripada buluh sebagai pemegang dan sekeping besi nipis dihujungnya, digunakan untuk membuang duri di bahagian tulang belakang (mempulur) daun. Namun begitu masyarakat kampung di negeri Kedah lebih senang menggunakan tali sabut untuk membuang mempulur daun. Tali sabut diikat menjadi bulat dan diletakkan di antara ibu jari dan jari telunjuk. Daun pandan dan mengkuang akan melalui di antara jari tersebut dengan kedudukan mempulurnya menghala ke atas.

Pemilihan Dan Pemotongan Daun


Daun pandan dan mengkuang yang sesuai dipilih dari jenis yang baik. Pengambilan daun bagi pokok yang ditanam mestilah berusia lebih kurang dua tahun tetapi bagi pokok yang tumbuh meliar daunnya boleh diambil sebulan sekali. Daun pandan/mengkuang di potong di bahagian pangkalnya sehelai demi sehelai. Waktu pagi dan petang adalah sangat sesuai untuk pengambilan daun bagi mengelakkan daun dari cepat layu.

Daun disusun berlapis-lapis, antara tiga hingga lima helai, dipotong di bahagian pangkal dan hujung daun. Kemudian duri di bahagian tulang belakang (mempulur) daun dibuang.

Melayur Daun

Daun dilayur di atas bara api sehingga kekuning-kuningan. Proses ini dilakukan supaya daun tersebut menjadi lembut dan tahan lama. Daun yang lembut akan memudahkan proses menjangka.

Menjangka Daun

Menjangka merupakan proses membelah/mengoyak daun menjadikan bilah-bilah atau helaian daun yang kecil. Saiz bilah atau helaian daun ditentukan melalui penggunaan mata jangka sama ada mata jangka rapat atau tidak. Melalui proses menjangka ini juga duri di bahagian kiri dan kanan akan di buang.

Melurut

Daun yang dijangka akan dibiarkan selama lebih kurang satu jam supaya kering. Kemudian daun tersebut dilurut dengan "pelurut". Proses melurut dilakukan berulang kali supaya bilah atau helaian daun menjadi lembut dan tidak bergulung.

Merendam

Selepas dilurut, bilah-bilah daun ini diikat atau ditongkolkan untuk direndam. Tongkol-tongkol direndam di dalam tempayan yang mengandungi air biasa selama dua hari dua malam. Air mesti ditukar sebanyak dua kali sehari. Ia direndam untuk melunturkan warna asalnya, kemudian dibuka ikatannya untuk dicuci dan dijemur.

utk nota selanjutnya lawati

http://memori-kedah.net/page_pengenalan.php?pageNum_Recordset1=21&totalRows_Recordset1=42&p=2&idstopic=5&idskandungan=22&mtopic=1

Gejala Ponteng ( 1A/1D)

Tajuk : Gejala Ponteng

Soalan : Masalah ponteng di negara kita semakin meruncing. Berikan faktor-faktor menyebabkan masalah ini timbul.


Pengenalan
- tidak dinafikan kes ponteng semakin serius
- dipaparkan di telivisyen, surat khabar
- walaupun dikenakan tindakan oleh pihak sekolah-pelajar tidak serik
- banyak faktor yang menyumbang kepada masalah ponteng

Isi 1 ( ibu bapa)
- Ibu bapa ramai keluar bekerja untuk memenuhi keperluan keluarga
- Ibu bapa tidak cukup masa dengan anak-anak- kurang kasih sayang
- Anak-anak tertekan tanpa perhatian oleh ibu bapa
- Melakukan pelbagai masalah disiplin termasuk ponteng untuk dapat perhatian

1si 2 ( rakan sebaya)
- Pelajar kurang bijak memilih kawan
- Berkawan dengan kawan yang bermasalah dan mudah terpengaruh
- Ditambah dengan sikap ingin cuba sesuatu yang baru
- Dicabar kawan-
- Berasa seronok dengan aktiviti semasa ponteng seperti-pergi kafe siber
- Terus ponteng
Isi 3 ( Persekitaran)
- 20 tahun dahulu suasana amat berbeza
- Sekarang banyak pusat membeli belah, banyak kafe siber, pusat snooker haram
- Pelajar tertarik untuk pergi
- Kalau pergi dari rumah, ibu bapa mungkin menghalang
- Guna kesempatan keluar dari rumah untuk kesekolah untuk pergi ke tempat yang
- mereka suka

Penutup

- Kesimpulannya..
- Ponteng tiada faedahnya malah merugikan pelajar
- Sebelum gejala semakin parah @ serius, semua pihak perlu bekerjasama membasmi masalah ponteng bak kata pepatah “yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing”

Tuesday, March 9, 2010

Sekitar Sukan Sekolah

Kejohanan Olahraga Sekolah Men. Keb. Bakti Kali ke-29telah berlangsung pada 6 Mac 2010. Semua atlit olahraga bersaing sengit untuk menyumbang mata kepada rumah masing-masing. Kejohanan berlangsung dalam suasana yang cukup meriah dan penuh semangat kesukanan. Warga Bakti tidak akan melupakan kemeriahan sukan sekolah pada tahun ini. Apa tidaknya, pada tahun ini, maskot untuk setiap rumah begitu hebat. Rumah Musyhtari dengan lebahnya...
Rumah Zuhrah dengan "Zoro" nya..Rumah Marikh dengan "Naga"nya yang nakaldan rumah Zuhal dengan tradisioanalmelayunya..
Rumah Zuhrah muncul sebagai Johan Kejohanan Olahraga kali ke- 29. Tahniah dan syabas!

Lajuu...dia lari..

"Naga" SMK Bakti... dengan gelagatnya yang mencuit hati

Kumpulan "lebah" muncul Johan Perbarisan rumah sukan

Zuhrah : Juara Kejohanan Olahraga SMKB 2010

Ujian 1


















Macam mana dengan ujian 1 kali ni? Cikgu harap semua mendapat keputusan yang memuaskan. Bagi tingkatan empat, pastikan semua jawapan bahagian A betul semua. Soalan Asas Seni reka tu mudah saja.
Bahagian B, cikgu nampak kebanyakan pelajar tidak ambil serius. Hasil kerja nampak macam tidak ada kesungguhan. Nasihat cikgu jangan ambil mudah dalam setiap ujian dan peperiksaan yang diadakan, kerana ia merupakan masa untuk pelajar menguji kebolehan dan kemampuan diri untuk menghadapi peeriksaan yang sebenar.

Buat pelajar tingkatan 1, harap bersabar menanti markah ujian 1. Kalau sempat cikgu akan umumkan markah ujian pada Jumaat ini. Selamat Berusaha. Jumpa lagi..

Sunday, February 28, 2010

Sekitar Sukan Merentas Desa & Sukantara sekolah















Kelihat
an Tuan Pengetua melepaskan pelajar. perempuan kelas 2

Sukan Merentas desa sekolah diadakan pada 12 Feb 2010. Pelajar melalui jalan kampung bermula di jalan Kubang Menerong merentas kampung Tok Bedu.

Rumah Waruna muncul juara sukan merentas desa pada tahun ini. Pun begitu, rumah-rumah lain masih berpeluang mengumpul mata rumah sukan masing pada hari sukan pada 6 mac nanti.
















Pelajar Lelaki kelas 1 bersedia untuk acara merentas desa.


Semangat kesukanan yang ditonjolkan memang boleh dibanggakan. Walaupun sukan merentas desa diadakan pada hari Sabtu, namun ramai yang datang mengambil bahagian. Tahniah cikgu ucapkan. Tunjukkan semangat yang sama pada hari sukan nanti.

Untuk semua AJK rumah sukan, semoga segala persiapan telah pun dirancang, untuk rumah sukan masing-masing. Ok jumpa lagi..
















Bersemangat cikgu Norliza jadi hakim lompat jauh


















Acara 100m prempuan kelas 2

Sunday, February 7, 2010

Sengsara Mereka...


Bersua lagi....
Lensa kameraku merakamkan lagi peristiwa.. Petang itu..kelasku yang paling akhir di tingkat yang paling tinggi..tingkat 4. Suasana bingit diluar jendela kelas..membawa pandanganku keluar. Tiba-tiba ada sesuatu di luar sana yang memaku pandanganku.. Apakah benar..itu yang aku lihat atau...tidak..memang pandanganku tidak tersilap.. Kelopak mataku berasa panas...tidak ku hiraukan lagi bingit pelajar yang kurang selesa pada masa-masa akhir begini.. Aku terus merakamkan sepotong kisah kehidupan...

Semuanya kerana terpaksa kufikir...mana mungkin ibu atau si ayah merisikokan nyawa anak kesayangan di tempat pembinaan yang penuh habuk..panas dan kotor.. Itu bentuk perjuangan yang harus diharungi demi sesuap nasi. Mungkin sekilas pandang..kejam dan kurang bijak dan kurang prihatin perbuatan begitu. Namun mungkinkah itu nilai kasih sayang yang sukar ditafsirkan....melihat anak di depan mata sambil tulang empat kerat dikerah demi kelangsungan hidup mereka...aku pasrah...

Bacalah Sayang akan kisahnya...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Sibuk dengan kerja sekolah dan urusan lain..tak sempat nak "update" blog ini. Dalam kesibukan tu..cikgu sempat juga meluangkan masa dengan membaca. Secara kebetulan sebenarnya..sambil bersembang dengan kawan-kawan di bilik guru ttg masa depan pelajar..seorang kawan cikgu menghulurkan sebuah buku. Cikgu rasa terpikat dengan buku ini..apabila terpandang saja kulitnya..belum lagipun melihat isi kandungnya.. Terpapar gambar pelajar cemerlang SPM 2009."CATATAN HATI NIK NUR MADIHAH"...

Cikgu yang kebetulan tidak ada kelas pada masa itu terus membaca kisah pelajar cemerlang ini. Alangkah indah amalannya sebagai seorang hamba, pelajar, muslimah dan seorang anak..Keindahan akhlaknya membuatkan cikgu akur dengan kejayaan yang digenggaminya.. Perasaan cikgu bercampur-baur.. insaf, terharu... Benarlah..kemiskinaan itu bukan penghalang kepada kejayaan dunia dan akhirat. Malah kepayahan dan keperitan mendekat manusia pada Tuhannya...

Kalian bacalah kisahnya..lebih mudah merasainya drp cikgu yang mengkhabarkannya..

Wednesday, January 27, 2010

AKAN KE MANA AKHIRNYA KITA...

Kita semua yang hidup berbondong-bondong dalam laluan yang panjang ini...mengecapi nikmat hidup yang dikurniakan yang entah bila tiba saat terhentinya nafas terakhir. Biar bagaimana sekalipun cara kita melewati denai ini..kematian pastikan tiba...PASTI!!

Appakah mungkin kita menyedari bahawa hari-hari yang anda lewati menjadikan kita semakin hampir dengan kematian sebagaimana juga yang berlaku bagi orang lain?Atau kita sentiasa berasa dan hampir pasti akan mengecapi sinar matahari pada esok hari..

Saturday, January 23, 2010

Hasil Seni 4T3



Antara hasil seni pelajar 4T3


Emm..nampaknya memang semua pelajar 4T3 bersemangat dgn aktiviti Khamis lalu, kan! Macam mana? Menarik tak hasil kreativiti kelas 4T3? . Yang penting kamu semua faham..yang garisan boleh dihasilkan dengan pelbagai media seperti straw dengan teknik catan.

Smk Bakti


Assalamualaikum dan Salam persahabatan buat semua..
Buat pelajar Smk Bakti khususnya.. cikgu harap blog ini dapat kalian manfaatkan. Moga blog ini menjadi medan perbincangan yang memanfaatkan. Hidup dalam arus perdana yang penuh pancaroba menuntut kita berkongsi segala. Kekalutan mendepani hari-hari mendatang sentiasa sibuk dengan urusan sehingga kita lupa melihat dengan mata hati akan punca kekalutan yang kita hadapi. Cikgu yakin..dengan saling memahami..hidup ini akan jadi lebih mudah. Jumpa lagi..