Lagu

Saturday, March 31, 2012

SMK BAKTI KE SMK DESA MURNI

Pagi itu hati bercampur baur. Pagi Ahad, esoknya hari yang mendebarkan. Memang itu yang pasti. Seribu satu rasa yang membenih di jiwa. Esok bermula suatu episod baru dalam hidup. Kesinambungan hari-hari  semalam yang akan saya depani. Sebaik saja tiba di PPD utara, saya dan beberapa orang lagi rakan pendidik diminta berkumpul di bilik mesyuarat tingkat satu. Matlamatnya satu, iaitu untuk tahu penempatan ke sekolah baru. Tidak sampai pun 10 minit menunggu, pengawai di PPD unit sekolah menengah, Tuan Haji Zakaria. Raut wajahnya tenang dan menenangkan hati yang sedikit gelisah. Sejurus selepas itu, muncul seorang lelaki yang agak tinggi, dengan senyuman. Ucapan selamat datang barangkali. Itulah wajah yang terlebih dahulu saya lihat di skrin laptop malam tadi. Pegawai Pendidikan Daerah PPDU, Encik Nafiah bin Mat. Hati masih berdebar menunggu keputusan penempatan sekolah baharu yang bakal aku curahkan.
          Butir bicaranya dimulakan dengan ucapan salam. Salamnya dilampirkan dengan tazkirah yang melekat dalam hatiku samapai saat ini. Katanya hidup ini sentiasanya berubah. Tidak persekitaran, kita yang berubah. Tambahnya lagi kerja guru, kerja mulia. Walau selalu ungkapan itu diungkapa, namun ungkapannya mencuit hati kecil guru-guru dihadapannya. Mengembangkan jiwa-jiwa kami insan guru. Perkongsiannya semakin menenangkan kami yang sebenarnya masih suspen, tegang dan risau memikirkan pertempatan baru.
          Akhirnya diumumkan SMK Desa Murni dirancang dan diatur Tuhan sebagai destinasi merealisasi segala hasrat yang murni.Hampir dua tahun setengah di sini. Benarlah, di mana-mana guru tetap seorang guru dan hijrah itu memutik rasa indah...
          Aku simpulkan kerja buat guru adalah saham akhirat. Walau di mana sekalipun guru tetap guru. Mendidik, mengajar sesuatu yang melorongkan generasi muda ke arah landasan yang betul. berusaha sehingga anak didik mampu mengentengkan perkara lagha dan sia-sia. Biar jalan menuju tuhan jalan yang sama menuju syurga.